0

Siaran Akhbar

REKA BENTUK "OSCAR" UNTUK KONSEP PERGERAKAN "EDAG CITYBOT"

Kredit Foto: German Design Council Hak Cipta: Team Lutz Sternstein

Oscar adalah penghargaan sinematik yang paling berprestij manakala, sebaliknya, Anugerah Reka Bentuk Jerman adalah penghargaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pereka dalam industri automotif. Pada Jumaat lepas (2 Februari, 2020), pereka EDAG Ricardo Hagemann dan Tom Hasenauer secara rasmi menerima hadiah premium antarabangsa di Frankfurt. Kumpulan EDAG menerima Anugerah Emas Rekaan Jerman 2020 dari juri pakar kelas atasan dalam kategori "Reka Bentuk Produk Cemerlang" untuk konsep pergerakannya "EDAG CityBot".

EDAG CityBots adalah kenderaan pelbagai fungsi dan autonomi robot dengan kepintaran berkoloni. Dengan kehadiran pelbagai aplikasi yang ditawarkan oleh pelbagai treler dan modul, EDAG CityBot dapat digunakan secara efektif dengan kapasiti yang maksimum dan beroperasi sepanjang masa di kawasan bandar.

Dalam penilaian penghargaannya, juri menyatakan: "Reka bentuk futuristik kenderaan EDAG CityBot adalah ringkas dan `independent‘ dalam segala aspek, dan secara menyeluruh mencerminkan pendekatan progresif yang paling tinggi dari segi bentuk dan fungsi. Ini adalah suatu peningkatan yang besar dalam menuju ke arah mobiliti holistik yang mampan di kawasan bandar dan konsep yang baru dalam perancagan bandar.

Loading