0

Siaran Akhbar

KUMPULAN EDAG MEMENANGI ANUGERAH EMAS REKABENTUK JERMAN UNTUK KONSEP PERGERAKAN "EDAG CITYBOT"

Anugerah Reka Bentuk Jerman adalah hadiah premium antarabangsa untuk trend reka bentuk yang terhebat. Setiap tahun, penghargaan terulung diterima dari bidang reka bentuk produk dan komunikasi, yang mana semuanya adalah perintis tersendiri di dalam landskap reka bentuk antarabangsa. Kumpulan EDAG menerima Anugerah Emas Rekaan Jerman 2020 dari juri pakar kelas tertinggi dalam kategori "Reka Bentuk Produk Cemerlang" untuk konsep pergerakannya "EDAG CityBot". Anugerah Reka Bentuk Jerman, yang dimulakan pada tahun 2012, merupakan salah satu pertandingan reka bentuk yang paling terkenal di seluruh dunia dan diberi perhatian yang sangat tinggi di kalangan kalangan pakar dan selainnya.

 

EDAG CityBot - Perubahan untuk bandar masa depan

Peningkatan digitalisasi di dalam dunia kita hari ini akan menjadikan pemanduan autonomi di jalan raya kita menjadi suatu kenyataan. Kita kini berdiri di ambang revolusi dalam semua bidang mobiliti, dan ini memberikan kita peluang yang hebat untuk memerangi sebarang kekacauan yang kritikal / gridlock yang akan berlaku dengan pencemaran alam sekitar yang terhasil. Didorongi oleh prinsip ini, Kumpulan EDAG telah membangunkan sistem pergerakan dengan kepintaran berkoloni, yang dapat dilihat melalui konsep kereta  "CityBot": Sebuah kenderaan bertenaga komputer-robot, dengan  treler dan 'rucksack' modulnya yang banyak, mampu menangani apa-apa keadaan pengangkutan dan pekerjaan di kawasan bandar, dan ianya bergerak 24 jam. Disebabkan itu, EDAG CityBot adalah lebih daripada sekadar satu lagi kajian reka bentuk: Ia adalah satu perubahan dan satu sistem mobiliti dengan ekosistemnya yang tersendiri. "EDAG CityBot" ditujukan khusus kepada semua entiti yang membolehkan atau menyediakan mobiliti dalam satu ekosistem baru: OEM, perancang bandar, organisasi infrastruktur, trafik, syarikat pelupusan dan pengangkutan, kemudahan perbandaran serta pakar logistik.

EDAG CityBot adalah salah satu alat komunikasi utama bagi menandakan ulang tahun ke-50 syarikat. Idea ini mencerminkan kecekapan Kumpulan EDAG dalam bidang Kejuruteraan Kenderaan, Elektrik / Elektronik dan Penyelesaian Pengeluaran (Production Solutions) dengan cara yang terbaik sekali. Selain itu, "EDAG CityBot" juga melambangkan perkembangan tangkas syarikat ini dari sebuah pejabat reka bentuk ke sebuah syarikat yang berwawasan global secara aktif untuk mobiliti masa depan. "EDAG sedang membuat suatu kenyataan pintar mengenai pergerakan yang mampan, holistik, perancangan lalu lintas, pembangunan bandar dan perniagaan baru," jelas Johannes Barckmann, Pengurus Reka Bentuk Global EDAG. "EDAG CityBot" telah dibina di bawah pimpinan Tom Hasenauer dan Ricardo Hagemann dari Pasukan Rekaan EDAG di Fulda.

Loading