0

Siaran Akhbar

EDAG MENUBUHKAN PUSAT KECEKAPAN KESELAMATAN FUNGSIAN DAN SIBER SEKURITI

Kumpulan EDAG akan membuka Pusat Kecekapan Keselamatan Fungsian Dan Siber Sekuriti di Weinheim pada awal tahun 2020. EDAG, syarikat kejuruteraan bebas terbesar di dunia, akan menggabungkan keselamatan fungsian dan kepakaran siber sekuriti di lokasi ini di rantau Rhine-Neckar.

Memastikan keselamatan berfungsi bagi kesemua kenderaan-kenderaaan adalah satu tugas yang sangat kompleks. Oleh kerana perkembangan digitalisasi kenderaan yang menuju ke arah pemanduan autonomi berserta interaksi yang meningkat di antara kenderaan dengan alam sekitar, pengesahan keselamatan menjadi semakin kompleks. "Sebagai tambahan, sikap toleransi sifar terhadap kecederaan peribadi akibat kerosakan teknikal kini semakin meluas dalam masyarakat," jelas Volker Häussler, Ketua Pusat Kompetensi Masa Depan EDAG untuk Keselamatan Fungsian & Siber Sekuriti. " "Atas sebab ini,kami menitik berat kepentingan keselamatan fungsian di dalam proses kami.“

Sebagai permulaan, 25 pakar EDAG akan bekerja di dalam bidang keselamatan holistik di Weinheim pada suku pertama tahun 2020. Di samping menyediakan perkhidmatan luaran untuk pelanggan (pengeluar dan pembekal), pusat kecekapan ini juga akan menggunakan kepakarannya untuk menyokong rangkaian lokasi global Kumpulan EDAG dalam skop projek penyelidikan kenderaan kompleks.

Loading