3

Siaran Akhbar

Embedded Sistem Malaysia

Hari ini kami ingin memperkenalkan pasukan Embedded Sistem kami di Shah Alam, Malaysia yang merupakan sebahagian daripada segmen Elektrik dan Elektronik (EE) baharu kami iaitu "Perisian & Pendigitalan".

Pasukan ini diketuai oleh Herbert Gruber dan ia telah ditubuhkan pada Oktober 2021. Jurutera2 perisian pertama kami dan secara rasminya mula beroperasi pada bulan November 2021 yang lalu. Sejak itu pasukan ini telah berkembang kepada jumlah yang memberangsangkan iaitu seramai 26 orang Jurutera perisian dan 3 orang jurutera perkakasan (hardware).

dengan perkembangan selanjutnya akan dirancang pada tahun 2023/2024. Pasukan ini mempunyai 60/40% iaitu bahagian jurutera Muda serta jurutera yang berpengalaman dan 40% daripada ahli pasukan kami adalah golongan wanita.

Di bawah pimpinan Herbert Gruber, pasukan ini telah ditubuhkan pada Oktober 2021 dengan kemasukan jurutera2 perisian pertama kami pada bulan November 2021.

Semenjak itu, pasukan ini telah berkembang dengan jumlah yang memberangsangkan iaitu seramai 26 orang Jurutera perisian dan 3 orang jurutera perkakasan (hardware) dan akan terus berkembang pada tahun 2023/2024.

Pasukan ini mempunyai perkongsian sebanyak 40% Jurutera Muda dan 60% Jurutera berpengalaman dengan 40% daripada mereka terdiri daripada golongan Wanita.

Embedded Sistem Malaysia adalah sebahagian daripada Rangkaian Penghantaran Global EDAG EE. Oleh yang demikian, pasukan ini bekerjasama dengan lokasi EE antarabangsa yang lain, dan Jerman adalah yang paling utama buat masa sekarang. Rakan kerjasama lain termasuk China dan Mexico dengan rangkaian yang kian diperluaskan dari masa ke masa. Dengan pasaran Asia berkembang kukuh, kami juga menerima dan membangunkan peluang perniagaan tempatan.

Pasukan Embedded Sistem juga terlibat dalam pembangunan dan Siri ujian Perisian & Perkakasan. Penyertaan projek dalam bidang pembangunan siri automotif, kenderaan komersial dan pertanian serta e-Mobility menyediakan persekitaran kerja yang menarik dan mencabar untuk jurutera kami. Maklum balas yang positif daripada pelanggan dan rakan sekerja menonjolkan kecekapan, pengalaman dan motivasi mereka.

Penggunaan bahasa penghantar teras C, C++, C#, Python, Matlab Simulink, Targetlink berasaskan model, proses pembangunan SEP, ASPICE, Fungsi Keselamatan ISO 26262,Altium Designer antara banyak alatan lain melengkapkan set kemahiran pasukan.

Sebagai tanda menyokong latihan dan pembangunan profesional yang berterusan, kami menggalakkan pertukaran rakan kejuruteraan, antara Jerman dan Malaysia. Proses ini menyediakan latihan teknikal dan projek yang berkaitan, serta membina kemahiran kepimpinan, komunikasi dengan kemahiran antara budaya untuk jurutera2 kami di kedua-dua buah negara.

Sambil kami mengukuhkan kerjasama EE global, lebih banyak peluang kerjasama diwujudkan.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Embedded Sistem Malaysia anda boleh menghubungi Herbert Gruber

Loading